Wednesday 3 July 2013

BADAK NI NAK LALU...


Assalamu'alaikum wrt dan selamat sejahtera


 Seorang kawan saya pernah menceritakan kepada saya satu kisah lucu tetapi mempunyai teladan.

Suatu hari dua orang pelajar Malaysia sedang menunggu bas di sebuah stesen bas di London.  Seorang wanita 'Mat Saleh' yang berbadan gempal datang dan duduk berdekatan dengan mereka.

Pelajar2 lelaki ini pun mula mempersendakan wanita ini dalam Bahasa Melayu.  Mereka memanggilnya antara lain sebagai 'badak'. Saya rasa ramai pelajar2 Malaysia yang menggunakan 'kelebihan' bahasa untuk mengutuk orang lain semasa di negara asing.

Tiba2 wanita 'mat saleh' itu bangun dan berkata, "Minta maaf , 'badak' ni nak tumpang lalu", di dalam bahasa Melayu yang fasih.

Terkejut katak la budak2 Malaysia tu. Rupa-rupanya wanita itu boleh memahami dan fasih berbahasa Melayu.

Oleh itu, pengajarannya janganlah kutuk orang dalam bahasa apa pun. Terlajak kata, tak boleh tarik balik. Kadang2 badan boleh binasa.

Gunalah bahasa untuk kebaikan bukan untuk menyakitkan hati orang lain.

   

 

No comments:

Post a Comment