Sunday 30 June 2013

HARTA ATAU ILMU?



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Seorang ulamak tersohor iaitu hadrat Hasan Basri rahmatullahalaih  pernah menceritakan bahawa dia mengenali dua orang khalifah dalam hidupnya. Dua orang khalifah ini ternyata mempunyai pendapat yang berbeda dalam mendidik anak 2 mereka.

Seorang khalifah ini telah meninggalkan harta yang banyak kepada anak2nya selepas kematiannya namun seorang khalifah lagi tidak meninggalkan apa-apa harta pun kepada anak2nya kecuali beberapa dirham sahaja.

Beliau kemudian memerhatikan kehidupan anak2 kedua2 khalifah ini selepas beberapa tahun. Didapatinya anak2 khalifah yang dianugerahkan harta kekayaan itu sedang meminta-minta kepada orang ramai.

Apabila dia mencari pula anak2 khalifah yang tidak diberi harta, didapatinya mereka berada di masjid mengagihkan sedaqah kepada para fakir miskin.

Perkara ini tidak menghairankan beliau kerana khalifah yang tidak meninggalkan harta kepada anak2nya telah meninggalkan sesuatu yang jauh lebih berharga iaitu ILMU.

Seorang sahabat saya tidak bersetuju.... beliau merasakan bahawa kedua2nya penting. Apa pendapat anda?




No comments:

Post a Comment