Wednesday 27 March 2013

LITTLE ALI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.




Ali ialah sepupu dan sahabat karib sepanjang hayat [insyaAllah] anak ku Amir. Bagi Amir, Ali lah 'sifu'.  Berumur 10 tahun, Ali hanya tua setahun daripada Amir. Hampir tiap2 bulan, Amir mahu pergi ke rumah Ali. Kalau tak  kerana traffic jam yg teruk, pasti kami pergi ke rumah Ali selalu.

Sepanjang tiga hari lepas, Ali tinggal bersama kami. Sebelum Ali datang lagi, Amir sudah tak sabar2 menunggu kedatangannya. Berulang2 kali dia bertanya, "bila Ali nak datang?"....

Ketika Ali tinggal di rumah kami, suatu perkara yang menarik yang aku perhatikan tentang dia. Tiap kali berkumandang sahaja ayat2 suci al-Quran dari masjid berdekatan rumah kami, Ali sudah nampak gelisah. Dengan segera dia mencapai jubahnya dan mengajak anak2 lelakiku ke masjid. Hebat sungguh dia!

Semasa kami masih sibuk dengan hal dunia, Ali mengajar kami tidak ada yang lebih penting daripada panggilan Ilahi.

Ramai daripada kita merasa bangga dengan pencapaian akademik anak kita tetapi berapa kerat sahaja yang melihat pencapaian anak kita dari sudut pandangan Allah swt. Berapa deretan 'A' kah yang diberi Allah untuk anak kita?

Ali telah pulang ke rumahnya tetapi dia telah meninggalkan kesan mendalam dalam hati kami. Syabas Paksu dan Maksu!

 Ali, Amir misses you and you're welcome to our house, anytime...


3 comments:

  1. aww~
    amir ckp dia rindu Ali~and bosan tak de best friend :D

    ReplyDelete
  2. Cutenyer...!Alipun rindu Amir. Balik rumah dia diam aje... bila tanya dia kata dia rindu Amir. InsyaALLAH swt, ALLAH memelihara orang memelihara silaratulrahim. Terimakasih makcik Ita sebab jaga ali. Semoga ALLAH swt balas dengan pahala berganda2. Aamin.

    ReplyDelete