Thursday, 7 March 2013

BUAT ESAQ

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Segmen blog in ditujukan khas buat anak saudaraku, Esaq Khairiq.

[Esaq Khairiq terlibat dalam satu kemalangan serius beberapa bulan dahulu. Kemalangan itu meyebabkan kecederaan di bahagian otaknya.]

Dear Esaq,

Masih Makcik Ita ingat kunjungan kalian ke kota Cardiff, tempat Makcik Ita belajar. Semasa itu Esaq dan abang2 masih kecil lagi. Makcik Ita masih ingat lagi bagaimana Along, Angah dan Esaq memanjat pokok Apple Blossoms di tengah2 kota Cardiff. Semasa itu baharu sahaja masuk musim bunga. Rasa2nya kalau mama dan abah mengembara keseluruh negara di dunia, habis semua pokok kalian panjat.

Nasib baik kalian tidak memanjat bumbung rumah Pope semasa kalian berkunjung ke Rome.

Siapa Pope? Tanya mama. Bukan Penyanyi pop tau...

Esaq yang berani,
Walaupun ketika Esaq masih koma dan terlantar di hospital, ternyata jelas daripada wajah Esaq kesungguhan untuk sembuh.  

Esaq yang tabah,
 Meskipun sukar untuk Esaq mengingati, namun dari mata Esaq ada kesabaran untuk tidak berputus asa. Pasti ingatan yang hilang itu kan datang semula bak ombak2 kecil.

Esaq yang cekal,
Pada hari Makcik Ita saksikan langkah2 kecil yang diambil oleh Esaq di hari persandingan Nadia, ianya bukti kecekalan Esaq untuk berjaya... bukan sahaja untuk sembuh.

Esaq, ada seluruh dunia terhampar di hadapanmu. Kasihsayang menyelubungimu.
Wajah isteri dan cinta lembutnya sentiasa menyambutmu.
Mama dan Abah yang sanggup berkorban apa saja untukmu.
Curahan doa daripada abang2,adik2, makcik2, pakcik2 dan sepupu2 mengiringmu.

Kami pasti Esaq akan sembuh sepenuhnya. Kami pasti Esaq akan berjaya! Kerana Allah sentiasa berada bersama hambanya yang sabar dan tidak berputus asa.



  

6 comments:

  1. Semoga Esaq terus bersemangat dan kita terus beri semangat kpdnya. Semoga ALLAH swt memberkati Ita atas kata kata kasih sayang Ita.

    ReplyDelete
  2. singgah la kat my blog http://evtinkgos.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah dah byk kali tp apasai asyik di thn 2011?

      Delete
  3. thanks ina.semoga Allah kabulkan doa2 kita semua untuk Esaq

    ReplyDelete
  4. thanks mkck ita,for the lovely story. baru leh buka internet. alhamdulillah Allah beri family yg sgt spotg xkesah sblh esaq @ ipar2 esaq. Esaq bersemgat sbb 1 je.. esaq xnk sshkn org xkesah isteri @ kluarga @ org2sekitar... thnks for all doa's xkesah siapa pon..

    ReplyDelete
  5. you're welcome Esaq. Hope you'll be running like the wind soon... and Esaq prcayalah, isteri n klrg tk rasa esaq susahkan, smua orang mahu satu aje...supaya Allah beri esaq sihat.

    ReplyDelete