Assalamualaikum wrt,
Sedari kecil hingga sekarang bila saya mendengar ceramah daripada penceramah2 mengenai rumahtangga, fokus banyak kepada si isteri. Tanggungjawab isteri dan kesilapan2 yang dilakukan oleh isteri.Tetapi dari statistik yang didapati dari jabatan agama menyatakan penceraian semakin tingi dan majoriti puncanya adalah daripada pihak lelaki. Jadi mengapa fokus kepada isteri?
Mungkin kalau fokus dilebihkan kepada suami, masalah ini dapat di atasi ataupun dikurangkan,
Allah s.w.t telah melantik lelaki sebaai pemimpin sebuah keluarga, Ianya adalah suatu tanggungjawab besar bukannya suatu keistimewaan.
Ramai lelaki sekarang ini menyerahkan tugas rumahtangga bulat2 di atas bahu si isteri. Dari mengajar Quran hinggalah menghantar anak ke sekolah. Bermakna tugas suami hanyalah pergi bekerja. Kadang2 tugas mencari nafkah pun jatuh kepada isteri. Mereka pulang terus membaca suratkhabar dan si isteri pula terpaksa bergelut dengan memasak dan menjaga anak2. Adakah itu sahaja tanggungjawab yang diberikan Allah kepada suami?
Suami adalah seumpama seorang pakar bedah.Isteri pula adalah jururawatnya. Seorang pakar bedah tentulah semasa pembedahan tidak boleh sama sekali berkata kepada jururawat,
"Nurse, awak ambil alihlah pembedahan ini. Saya nak baca suratkhabar je!"
Matilah pesakitnya atau paling kurang pun, pesakit akan menjadi cacat. Begitulah dengan sebuah keluarga.
Seorang bapa yang hebat akan melahirkan anak2 yang hebat.
Cucu Rasulullah s.a.w, Hasan dan Husin adalah hebat kerana mereka mempunyai bapa yang sangat hebat iaitu Ali(r.a). Saya berpeluang berjumpa dengan bapa dan adik Muhammad iaitu seorang hafiz pada usia yang muda. Begitu juga saya pernah berjumpa dengan bapa dan adik Adi Putra iaitu seorang genius matematik Saya dapat lihat dari riak wajah dan kata2 bapa Adi Putra betapa komitednya dia. Kejayaaan kedua2 anak ini adalah di dorong oleh semangat dan rasa tanggungjawab bapa2 mereka.
Begitu juga Lee Chong Wei dan Tiger Woods. Kehebatan mereka dipupuk oleh bapa masing-masing. Jelas bapa memainkan peranan utama dalam kejayaan anak2 khasnya dan seluruh keluarga amnya.
Akhir kalam...
Ayah... jadilah nakhoda. Jangan biarkan kapal tenggelam atau sesat di lautan yang luas ini. Kemudi lah kapal ini ke jalan yang benar dan sampai ke destinasi yang aman.
No comments:
Post a Comment