Assalamualaikum w.r.t,
Saya tertarik untuk berkongsi tentang cerita seorang lelaki yang terperangkap dengan "demam emas" berpuluh tahun dahulu di Amerika. Dia pun pergi ke arah Barat untuk "gali dan jadi kaya". Dia bekerja keras menggali dan mencari emas walaupun dalam keadaan hidup yang penuh dengan kesengsaraan.
Akhirnya segala penat lelahnya dibalas. Dia berjaya berjumpa emas!. Tetapi dia perlukan mesin berat untuk mengeluarkan emas tersebut. Olehkerana kekurangan wang , dia telah meminta pertolongan daripada ahli keluarganya dan beberapa kawan2nya. Dengan wang pinjaman daripada mereka, dia dapat membeli jentera yang diperlukan untuk melombong emas itu.
Dengan jentera tersebut, beberapa ketul emas dapat dikeluarkan dan dia telah dapat membayar hampir separuh hutangnya. Malang sekali tiba-tiba, tiada emas lagi di temui. Dia cuba lagi menggali beberapa kali tetapi gagal menemui apa2. Akhirnya dia mengaku kalah dan berputus asa.
Dia pun menjual jenteranya kepada seorang penjual besi lama.. Kebanyakan penjual besi akan menjual semula jentera itu, tetapi penjual besi ini seorang yang bijak. Dia telah memanggil seorang pakar untuk mengkaji dan meneliti tanah tersebut. Pakar tersebut memberitahu bahawa memang terdapat simpanan emas besar di situ iaitu hanya 3 kaki sahaja dari tempat lelaki itu berhenti menggali!
Penjual besi lama itu menjadi jutawan emas kerana dia meminta nasihat dari seorang pakar sebelum menyerah kalah. Pelombong emas yang malang itu telah belajar sesuatu yang penting... bahawa ilmu dan sikap tidak menyerah kalah adalah sangat penting dalam mengejar kejayaan. Dia juga akahirnya menjadi jutawan selepas melibatkan diri dalam perniagaan insurans. Dan dia tidak pernah lagi berputus asa.

No comments:
Post a Comment