Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Hari ini ialah Hari Guru untuk Malaysia. Di negara2 lain seperti di Amerika dipanggil Teacher's Appreciation Day. Rasanya hampir untuk semua orang hari2 persekolahanlah adalah hari2 paling gembira. Kadang kala ada juga hari2 yang menakutkan.
Saya ingat lagi semasa di darjah satu. Baru sahaja masuk sekolah beberapa minggu sudah kena dipanggil gurubesar. Gurubesar kami ialah seorang Sikh yang sangat tinggi. Kesnya saya dan kawan main di anak sungai yang berada di luar pagar sekolah yang memang dilarang keras.
Malangnya gurubesar sendiri nampak. Dia tidak lah menjerit marah pada kami, dia hanya memberi isyarat dengan jarinya supaya naik ke atas. Dengan baju sekolah yang basah kami pun naik [sekolah kami atas bukit], kami memang lah dah mengeletar kecut perut. Nak tengok dia pun kena melangut sebab dia tersangat lah tinggi. Masa tu rasa dia seperti Giant, Monster pun ada. Habislah kena marah. Yang kesiannya kakak saya yang masa tu darjah 4 pun turut kena marah sedangkan masa kami main tu dia ada kelas agama. Sori.. la Yati.
Tetapi guru yang paling memberi impak besar kepada saya ialah seorang guru yang peliknya pernah menjadi guru sekolah rendah saya dan guru sekolah menengah saya. Dia coach pasukan hoki sekolah semasa saya di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Saya bermain hoki daripada saya berumur 10 tahun sehingga tingkatan 5. Dia juga mengajar saya subjek Sejarah.
Bestnya cikgu ni dia seorang pendengar yang baik. Bila ada masalah apa saja boleh cerita kepadanya. Dia memberi saya harapan ketika saya rasa hidup ini nampak begitu sempit terutamanya di ketika usia remaja. Tahulah zaman remaja, 'blur era'. Dia juga memberi keyakinan untuk saya meneruskan cita2 sehingga berjaya masuk ke Law School di UK.
Kepada Cikgu Latifah,,, Berjuta2 terimakasih setulus dari hati. Semoga Allah memberkati jasa mu. Kepada semua guru yang membaca blog ini tidak kiralah yang sudah pencen atau belum, SELAMAT HARI GURU!
No comments:
Post a Comment