Thursday 2 May 2013

MASA UNTUK MEMILIH....PRODUK TERBAIK.

Selamat sejahtera kepada semua
                "PILIHLAH YANG TERBAIIIKKK!".{ Lukisan ini dilukis oleh anak saya,Nabilah}


Minggu ini adalah masa untuk memilih....produk! Memilih barang yang baik punya.
Ada beberapa petua untuk memilih calon..eh!...maksud saya produk...

Pertama: Pengguna sangat suka memilih barangan yang mempunyai warna yang menarik. Minggu ni warna yang popular ialah hijau, biru dan biru campur merah. Entah lah kenapa..Tapi janganlah pilih berdasarkan...my favourite colour. Sori lah Kak Bedah colour biji remia tak dak...

Cara packaging juga sangat penting untuk citarasa pengguna. Bentuk bulat ke, tiga segi ke dll.
Asalkan ia boleh menampung isinya

Tapi warna dan bungkusan menarik je tidak mencukupi. Yang paling penting apa yang di dalam bungkusan tu...

Kedua : Ingredients : Jika anda orang Islam make sure bahan2 dalamnya halal dan toiyib. 
Juga pastikan bahan2 yang digunakan menyihatkan bukan akan memberi mudarat kepada kita. Ye lah gambar di depan nampak cantik tapi tengok2 bukak di dalam sudah busuk..

Satu lagi yang penting ialah kandungan lemak. Make sure ianya 'fat free'... tapi... bukankah Fat Free dalam bahasa Melayu maksudnya 'Lemak Percuma'?. Eee...janganlah 'terpilih' produk yang memberi penyakit jangka panjang. Pastikan kenyataan jelas dan tidak mengelirukan.

Ketiga : Fit for the purpose. Katakan anda membeli juicer. Yelah andakan mahu minum juice tiap hari kerana mahu sihat. Pilihlah mesin yang boleh mengeluarkan jus selama beberapa tahun seboleh2nya 5 tahun. Jangan pula "terpilih" mesin yang hanya boleh mengeluarkan hampas, jus nya beberapa titik je.

KEEMPAT : Pilihlah produk yang selamat. Barang2 elektrik terutamanya. Jangan 'terpilih' barang elektrik yang bila kita 'on' kan aje, kita pula jadi barbecue. Kena elektrik shock! Silap haribulan rumah kita pun hangus. Oleh itu pilihlah yang selamat untuk kita dan keluarga kita.

KELIMA : Tarikh lupus. Pastikan anda tidak 'terpilih' produk yang sudah habis tempoh lupusnya. Produk yang telah habis tempohnya boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna. Lagipun kalau sekejap
je dah tak boleh digunakan, rugilah kita.

Itu je pandangan bernilai sekupang saya dalam 'memilih' calon..errr.. maksud saya...produk.

SELAMAT MEMILIH....!

No comments:

Post a Comment