Thursday, 24 January 2013

RASIS KE KITA?

Assalamualaikum wrt

Saya berasa sangat sedih dan marah menonton video klip serangan ke atas seorang wanita muda di Plaistow,England. Saya bersyukur sepanjang 7 tahun saya tinggal di sana tidak ada kejadian sedemikian buruk berlaku kepada saya, keluarga dan rakan2.

Memang saya dan rakan saya pernah melalui serangan rasis di England tetapi ianya lebih kepada verbal. Kita buat tak tahu sahaja  dan menganggap orang yang rasis itu kurang akal atau tak ada otak langsung.

Masalah perkauman memang masalah serius di UK. Mat Saleh menggunakan perkataan rasis" Paki" untuk orang2 berketurunan Pakistan  dan India. Ada sekali seorang kakak yang baru tiba dari Malaysia telah menggunakan perkataan Paki berulang-ulang kali di hadapan sahabat saya, seorang British berketurunan Pakistan. Terbeliak mata sahabat saya dan keadaan menjadi agak tegang seketika. Kami pun menjelaskan kepada kakak itu perkataan itu bersifat perkauman. Barulah dia tahu tapi dia kata semua mat saleh guna perkataan itu sebab itulah dia ingat ok.

Di Malaysia ada juga masalah perkauman tetapi tidaklah seteruk di UK. Saya menegur anak2 murid saya apabila mereka bersikap rasis. Saya tanya apa yang hebat sangat tentang kamu dan kaum kamu sehingga memandang rendah terhadap kaum lain.Orang India dan orang Cina memeluk Islam lebih awal daripada orang Melayu. Malah orang Islam teramai di dunia ada di India dan China. Ramai Tok Nenek kita orang Melayu masuk Islam hasil penyebaran Islam oleh pedagang2 India. Melopong budak2 tu dan selepas itu tidak kedengaran lagi kata2 rasis daripada mereka.

Namun saya bersyukur masih ada kawan dan sahabat yang tidak mengadili manusia dari warna kulit dan agama mereka. Terimakasih saya kepada sahabat baik saya Kaniz seorang Islam yang tinggal dengan 4 orang penganut kuat kristian (Di UK) dan membuka mata saya tidak ada masalah untuk hidup bersama dengan orang Kristian dan pada waktu sama menguatkan lagi agama Islam.

Terimakasih juga kepada Sharon, coursemate saya, dan the English ladies yang  baik hati yang menjemput saya minum teh di rumah mereka. Thank you to my always bubbly and helpful friend Yasmeen who converted to Islam since she was 18 years old and showed me mat saleh are like us too.

Terimakasih  kepada Layla Jasmeen yang tangannya saya genggam ketika dia melafaz dua kalimah syahadah kerana tidak membedakan warna kulit apabila memilih sahabat. 

 Terimakasih kepada jiran2 saya sekarang, seorang berketurunan India Kristian yang memanggil saya sister dan jiran berketurunan Cina saya yang selalu memberi beras perang 5kg dan beras Bario. You really showed me that we can live together harmoniously.

These friends give me a sense of hope. No matter how many racists people in this world there are bound to be people who uphold what Allah says in the Quran that He created people with different colours and countries so that we will get to know each other better. 

No comments:

Post a Comment