Saturday, 10 November 2012

SALAHKAN DIRI SENDIRI...

Assalamualaikum wrt,

Saya mengenali seorang yang suka menyalahkan orang lain. J, menyalahkan segala kegagalan dirinya  terhadap orang lain. Orang lain yang menyebabkan dia memilih kursus yang  salah dan bosnya yang salah kerana memecat dia. Yang sebenarnya dia yang datang kerja hampir tiap2 hari lewat. Dia menyalahkan keluarganya kerana dia tidak berjaya dalam hidup. Akhirnya, dalam umur 40 an dia masih tidak bekerja dan tidak berkahwin. Duit simpanannya makin habis. Dia masih menyalahkan orang lain.

       Sebenarnya menyalahkan orang ni bukan dialami oleh J tetapi ramai orang masih bersikap begini. Termasuklah saya. Ini adalah satu sikap saya, yang paling saya tak suka. Mungkin saya tak se extreme si mamat J ni tapi ia masih tak elok. Contoh  bila saya kehilangan kunci, saya terus menyalahkan anak2 atau suami saya. Hakikatnya saya yang menghilangkannya.

       Apabila kita asyik menyalahkan orang lain, kita tidak dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Contoh seperti kunci yang hilang itu. Kalau kita salahkan orang lain kita pasti tidak dapat menjumpai kunci itu. Tetapi kalau kita salahkan diri kita, baharulah kita akan cuba mengingati bila dan di mana kita letakkan kunci itu. Kemudian carilah di atas, tengah ,bawah, sebelah kiri dan kanan dan akhir sekali di belakang. Jumpalah kunci itu!

        Kehilangan kunci ini cuma contoh kecil. Dalam masalah yang besar juga sama. Kenapa aku masih tak kaya, kenapa aku tak bahagia, kenapa aku gagal dalam peperiksaan dan sebagainya.  SALAHKAN DIRI KITA APABILA BERLAKU KESILAPAN ATAU KESALAHAN. Barulah kita dapat 'KUNCI' untuk atasi apa jua masalah.

          

      

       

       

No comments:

Post a Comment