Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Di negara-negara luar rakyatnya mati kerana peperangan atau tidak cukup makan. Di Malaysia, rakyat mati kerana kemalangan jalanraya yang boleh dielakkan dan kerana terlebih makan yang juga boleh dielakkan.
Kemalangan ngeri di Genting Highlands bukanlah yang pertama malah kemalangan begini berlaku setiap tahun di Malaysia
Di dada akhbar diberitakan, Pak Menteri berkata jangan menunding jari...Huh? Patut lah kemalangan begini asyik berulang lagi dan lagi.
Soalnya jika malapetaka seperti ini terjadi, kita mesti cari sebabnya, puncanya.. kerana sesuatu kemalangan berlaku selalunya bukan kerana satu sebab tetapi beberapa sebab. Selepas itu, barulah kita akan dapat mencari cara-cara mengatasinya.
Pemandu-pemandu bas selalu menyalahkan brek tidak makan. Saya masih ingat lagi satu kemalangan di Gombak di mana sebuah bas dari Genting Highlands melanggar dari belakang sebuah kereta yang berhenti di simpang lampu isyarat. Kereta itu burst into flames dan kesemua pemandu dan penumpang kereta mati hangus. Kes masuk mahkamah dan surprise! surprise! pemandunya terlepas atas alasan... brek rosak.
Persoalannya... bukankah pemandu dan majikannya mempunyai duty of care , kewajipan untuk memastikan bas dalam keadaan yang baik sebelum perjalanan. Kes begini berulang beberapa kali dan selalunya pemandu dan pemilik bas akan terlepas. Menghairankan...
Semua rakyat Malaysia tahu hakikat ini... hampir semua pemandu bas di Malaysia memandu bas seperti mereka memandu kereta F1. Yang peliknya kita amat jarang melihat bas2 ini ditahan polis.
Lack of enforcement amat ketara di Malaysia menyebabkan pemandu2 yang tidak bertanggunjawb ini bermaharajalela. Saya masih ingat lagi semasa saya pergi on tour ke Eropah dengan menaiki bas persiaran, tiap-tiap 2 jam pemandu bas mesti berhenti berehat dan tiap-tiap kali dia berhenti ada sahaja polis yang datang memeriksa log book pemandu untk memastikan dia mengikut undang2.
Di Jerman, kami di berhentikan di lebuhraya beberapa kali
oleh polis peronda semata-mata untuk memastikan pemandu mengikut peraturan. Polis peronda lebuhraya mereka menaiki kereta Porsche lagi...
Di UK semasa menaiki bas dari Birmingham ke Heathrow Airport, saya rasa seperti floating atas kapas tetapi bila saya naik bas di Malaysia seperti naik roller-coaster. Kalaulah pemandu Malaysia boleh berubah sikap, alangkah amannya jalanraya di Malaysia.
Saya harap dari kejadian kemalangan ngeri ini, pihak berkuasa akan mengambil langkah2 yang tegas dan tepat agar malapetaka buatan manusia ini tidak berlaku lagi atau sekurang2nya dapat dikurangkan.
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
No comments:
Post a Comment