Friday 7 February 2014

APA ERTI KEJAYAAN?


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Apakah itu kejayaan?

Bagiku...

Kejayaan adalah kebahagian

Kejayaan adalah ketenangan

Kejayaan adalah upaya untuk tersenyum walau dalam kesempitan

Kejayaan adalah mendidik anak2 bukan sahaja untuk dunia tetapi untuk akhirat jua

Kejayaan adalah punya tubuh yang sihat

Kejayaan bukannya ada harta menimbun tetapi mengguna harta untuk merimbun kebaikan

Kejayaan bukanya bergulung-gulung ilmu tetapi memanfaatkan ilmu itu

Kejayaan ialah dapat merasa nikmat melihat, menyentuh dan menghirup udara alam

Kejayaan ialah menyayangi diri meski banyak kelemahan

Kejayaan ialah mengambil berat tentang orang lain dengan penuh kasih sayang

Kejayaan ialah keupayaan mendengar dengan akal dan hati

Kejayaan adalah bersyukur atas segala anugerah Nya
dan apa sahaja yang dilontarkan

Kejayaan adalah mendapat keredhaaan Tuhan

Kejayaan yang hakiki adalah pabila kaki melangkah masuk ke gerbang syurga yang abadi...

Aameen...


No comments:

Post a Comment