Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Kutemui seorang makcik di sebuah hospital swasta beberapa tahun lalu. Hospital ketika itu umpama rumah kedua lantaran anak2ku semua menghidapi asma. Peliknya aku tidak ingat kenapa dia berada di situ. Adakah dia seorang pesakit atau menjaga pesakit. Tidak kuingati.
Namun yang benar2 kuingati ialah kata2 melankoliknya. Kata2 seorang perindu, Perindu yang merindui suaminya. Suaminya telah meninggal dunia setahun yang lalu.
" Suami makcik sahabat karib makcik"
" Oh...begitu"
" Memang lah kami pernah bergaduh. Mana ada suami isteri yang tak bergaduh."
" Betul.."
" Tiap2 petang makcik masih menyediakan secangkir kopi dan kuih kegemarannya."
" Tiap2 petang?"
" Tiap2 petang makcik akan duduk dan minum petang di depan rumah dan bercakap seolah-olah dia ada disisi"
" Hmm...?" Mataku mula membulat dan aku perlahan2 mahu bingkas bangun namun terhenti bila dia berkata...
" Makcik masih siuman tapi cara begitu memberi ketenangan kepada makcik. Pasti yang utama doa yang makcik kirimkan dan memastikan anak2 menjadi anak2 yang soleh."
" Semoga Allah menerima doa dan amalan makcik"
" Ni nasihat makcik. Hargailah suami kita semasa dia hidup. Bila dia tak ada barulah kita tahu apa maksud kekosongan..."
" InsyaAllah makcik."
Perbualan kami terhenti di situ kerana itu sahaja yang aku ingat tentang dia. Moga Allah pertemukan makcik itu dengan suaminya di syurga yang abadi....
No comments:
Post a Comment