Friday 22 February 2013

AWAK ADA 'A' KE...?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Pada suatu hari, beberapa orang pergi ke Jabatan Minta2 Biasiswa dengan tujuan untuk memohon biasiswa. Mereka pun di temuduga oleh seorang pegawai.

Pegawai: Nama apa?
             - Nama saya Thomas Edison. Saya nak memohon biasiswa, Encik.
Pegawai : Hmm..UPSR ,PMR ,SPM semua A?
Edison    : Saya tak ambik UPSR,PMR ,SPM, Encik.
Pegawai  : Huh! Tak ambik langsung?! Ni tengok dalam laporan sekolah awak, cikgu awak kata...awak bodoh.
Edison    : Tapi Encik, saya telah merekacipta lampu elektrik.
Pegawai  : Ada saya kisah...Permohonan di tolak!


Pegawai : Nama apa?
              - Nama saya Albert Einstein. Saya nak memohon biasiswa, tuan.
Pegawai : UPSR, PMR, SPM semua dapat A?
Einstein : Apa tu UPSR, PMR, SPM?
Pegawai : Patut la dalam laporan sekolah, cikgu awak kata awak bodoh juga.
Einstein  : Tapi saya telah merekacipta teori relativiti dan mengatasi pelbagai masalah matematik
 dan fizik.
Pegawai  : Mesti sekurang2nya 9A dalam SPM, faham! No biasiswa!


Pegawai  : Nama apa?
                - Kulop bin Seman, Encik.
Pegawai  : Berapa dapat A UPSR, PMR,SPM?
Kulop      : UPSR 10A, PMR 20A, SPM 30A. Semua subjek saya ambik.
Pegawai   : Waa.. bagus,bagus..Nak tanya satu soalan saja, ala soalan main2. Apakah ibu negara         
 Malaysia?                
Kulop       : Errr... tu tak ada dalam silibus... Saya tak hafal lagi, Encik.
Pegawai   : Tak pe, tak pe. Perkara kecik je tu. Tahniah! Permohonan awak diterima.
Kulop       : Yahoo!

HANYA 10% sahaja pelajar2 yang mendapat semua A dalam SPM cemerlang di institusi pengajian  tinggi. 90% yang lain tu?..   Sedih..sedih...sedih..

No comments:

Post a Comment