Saturday, 1 December 2012

CERITA SEORANG PESARA TENTERA

Assalamualaikum,


Semasa saya tingal di England, saya pernah bertemu dengan seorang wanita tua. Dia tinggal seorang diri. Saya berkenalan dengannya setelah kami bertukar senyuman. Begitu hebat kuasa sekuntum senyuman. Darinya boleh bermula suatu persahabatan walaupun kita berbeda kaum dan agama.

Suatu hari selepas saya dan suami "strawberry picking"; saya teringatkan dia,
Lagipn strawberry yang kami petik banyak. Saya pun memberi sedikit kepadanya. Dia lantas menjemput saya minum teh di rumahnya.

Dia menceritakan yang dia seorang pesara tentera. Berumur lebih 70 tahun, dia terlibat dalam peperangan Dunia Kedua. Dia merupakan seorang pemandu trak tentera yang ditugaskan di Brussel,Belgium. Katanya hidup ketika itu sangat sukar. Tetapi ketika itu dia meneruskan hidup dengan perasaan bahawa dia berjuang untuk kebebasan kemanusiaan.

Kini dia tinggal seorang diri tetapi anaknya datang menziarahinya sekali sekala. Paling menarik perhatian saya dengan makcik ini ialah dia sentiasa riang, Walaupun duduk berseorang di sebuah bilik yang usang, Ya, dia bukan tinggal di sebuah rumah tetapi di sebuah 'bed-sit' atau bilik sewa yang dilengkapi dengan tempat memasak dan bilik air. Tetapi dia nampak seperti seorang kaya yang tinggal di dalam istana.

Saya bersyukur saya tidak pernah melalui peperangan. Ingatan dan doa saya kepada semua insan yang menjadi mangsa peperangan sekarang ini seperti di Palestine, Syria,Afghanistan... Semoga kalian akan bertemu kebebasan dan ketenangan...Amin.